Wednesday 20 March 2013

Langkawi International Big Bike Fiesta 2013


Satu lagi program gemilang khusus untuk semua pemilik dan peminat motosikal dan skuter akan berlangsung di negara ini pada penghujung Mei depan.



Langkawi International Big Bike Fiesta 2013 (LIBBF 2013) akan berlangsung bermula 24hb Mei sehingga 26hb Mei ini di Pantai Cenang, Langkawi.

Pelbagai program telah diatur oleh pihak penganjur seperti Pelancaran Produk; Lagak Ngeri; Fiesta Muzikal; Fiesta Makanan; Sunset Ride dan pelbagai acara menariklain sepanjang tiga hari program berkenaan diadakan di Pulau Langkawi.

Sehubungan itu, MRM menerima emel dari Kelab Skuter dan motosikal 1 SMBC menawarkan pakej kepada peminat atau pemilik mototsikal dan skuter SYM yang berminat untuk menyertai program berkenaan.

Wakil dari 1SMBC, Saudara Azari Aziz memaklumkan bahawa pihaknya mengenakan bayaran RM245 dan bayaran tersebut merangkumi

- penginapan 3 hari 2 malam di Hotel Asiana
- bayaran pendaftaran
- tiket pengankutan kenderaan pergi\balik

Bagi yang berminat, boleh menghubungi beliau melalui no telefon mudah alih: 0194780224 atau emel: azariaziz@gmail.com