Tuesday 12 March 2013

TBW- Dari Lensa DTK SYM

Berikut kiriman foto sekitar aktiviti Terengganu Bike Week yang berlangsung 1 Mac lalu daripada pemilik Maxsym dari Kota Bharu, DTK SYM


Terengganu Bike Week Malaysia 2013 - Through The Lens Of  DTK SYM



Below are photos of TBW activities held recently contributed by Sym Maxsym owner, DTK SYM from Kota Bharu, Kelantan
















Sekadar Pencerahan



Kewujudan blog Maxsymridersmalaysia (MRM) adalah usaha dan dorongan sendiri.

Ada desas-desus dan perbualan di sana sini yang merumuskan kesimpulan bahawa blog ini ditaja oleh Sym Malaysia (Mforce Bikes Holding Sdn Bhd). MRM ingin menafikan sekeras-kerasnya tanggapan sedemikian.



Tujuan blog ini diterbitkan adalah bagi memberikan manfaat, pengetahuan dan info kepada semua pemilik dan mereka yang berminat dengan Sym Maxsym 400i. Blog ini juga pada prinsipnya berwawasan menjadi sebagai jembatan penghubung antara pemilik dan pengedar skuter ini sendiri yakni Sym Malaysia dengan:

- mengutarakan sebarang permasalahan pemilik

- menyampaikan perkembangan terkini berkaitan

- menyediakan pengetahuan umum mengenai penjagaan skuter Maxsym

- memberi liputan mengenai sebarang aktiviti berkaitan pemilik, penunggang dan kelab pemotoran.

Sejak blog ini diwujudkan, MRM mendapat banyak sokongan dan sumbangan berupa artikel dan gambar dari pemilik Maxsym sendiri.





Malangnya, sehingga kini, sokongan sedemikian tidak dikecapi dari pengedar skuter Maxsym sendiri, Mforce SB walaupun usaha telah dilakukan samada mengadakan pertemuan dua mata atau melalui email dan sms memohon Mforce menghubungi MRM jika ada sebarang aktiviti atau rogram yang dianjurkan untuk diwar-warkan dalam blog.

Apa-apapun, MRM blogspot akan terus menyiarkan bahan-bahan artikel yang boleh membantu pemilik Maxsym meningkatkan lagi pengetahuan berkaitan.

Bagi Mforce SB, terpulanglah pada pandangan mereka, MRM tidak rugi apa-apa, sebaliknya, imej syarikat itu sendiri yang tercalar jika mereka beranggapan tidak perlu memberikan sokongan ataupun berkongsi info berkaitan dengan blog ini....betul tak?

Isu Meter Lagi.



Baru-baru ini, MRM dimaklumkan oleh pemilik Maxsym dari Johor, saudara Azwan bahawa beliau telah memfailkan aduan rasmi mengenai komponen meter yang maxsym yang diedarkan oleh Sym Malaysia (Mforce Sdn Bhd).



Isu ini dah lama menjadi duri dalam daging bagi pemilik Maxsym sejak mula ia diedarkan pada Julai 2012 lalu.
Sila baca disini.

MRM ada menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan beliau mengapa isu berkenaan dibawa ketengah olehnya memandangkan proses mencari jalan penyelesaian masalah terbabit sedang berjalan.

Apabila dinyatakan ' proses mencari jalan penyelesaian masalah terbabit sedang berjalan ', MRM 'meminjam' ayat dari wakil Mforce sendiri mengenai permasalahan dan tuntutan pemiik maxsym supaya meter berkenaan digantikan dengan meter standard sama seperti Maxsym lain yang diedarkan di seluruh dunia.

Saudara Azwan ada menjelaskan bahawa beliau berbuat demikian kerana berpendapat ia wajar dilakukan memandangkan beliau dimaklumkan ada beberapa pihak juga telah mengemukakan aduan yang sama kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Beliau maklumkan, selepas aduan dibuat, pihak KPDNKK ada menghubunginya  dan begitu juga beberapa wakil dari Mforce.

Jawapan (alasan?) yang diberikan oleh Mforce sma saja seperti yang diberikan kepada MRM dan juga sekumulan pemilik Maxsym yang bertindak menyerahkan memorandum menuntut meter itu ditukar pada Oktober lalu.

Boleh Terima pakai ke alasan yang diberikan???

Alasan yang pertama diberi:

Tiada sebarang badan atau organisasi di negara ini yang menetapkan piawaian kalibrasi meter kenderaan.

Alasan yang kedua diberi:

Mforce sedang tunggu maklum balas dari Taiwan untuk proses selanjutnya.

Secara Rekod , alasan-alasan berkenaanlah acapkali diberikan kepada MRM danpemilik Maxsym lain.

MRM ingin menegaskan pada Mforce:

Pertama, walaupun tiada sebarang badan atau organisasi di negara ini yang menetapkan piawaian kalibrasi meter kenderaan, namun isu utamanya adalah mengapa meter berkenaan diubah? Mforce nampaknya mempunyai niat tidak baik dengan cuba memesongkan isu sebenar dalam hal ini.

Kedua, alasan tiada badan tertentu menetapkan piawaian berkaitan tidak boleh diterima pakai kerana itu BUKAN isunya tetapi tindakan Mforce pandai-pandai sendiri mengubah papan muka meter berkenaan yang menjadi PUNCA isu dan masalah.

Ketiga, Mrm juga mempunyai asas dan maklumat yang kukuh diperolehi dari SYM Taiwan, bahawa Mforce sendiri yang meminta papan pemuka (dial face plate) diubah dari asalnya kelajuan maksimum yang tertera ialah 180kmh kepada 220kmh.

Jangan Permainkan Pemilik Maxsym

Sayugia diingatkan, statistik demografik pemilik Maxsym adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan, profesional, peniaga dan sebagainya. Sehubungan itu jangan cuba menghina kebijaksanaan kami dan juga mempermainkan kesabaran kami.



LIMA bulan dari tarikh kami menghantar memorandum secara rasmi berkaitan isu berkenaan adalah terlalu lama dan kesabaran kami semakin menipis dengan alasan dan penjelasan yang sama tanpa sebarang tindakan susulan yang konkrit.

Jika KPDNKK boleh menghubungi saudara Azwan 72 jam selepas aduan dibuat dan Mforce sendiri melalui wakilnya boleh juga menghubungi beliau 96 jam selepas itu, apa lagi alasan yang mahu digunakan untuk melengah-lengah atau mengelak memperbetulkan masalh yang diwujudkan oleh Mforce sendiri.

April ini adalah tarikh 'deadline' terakhir bagi Mforce untuk memperbetulkan keadaan dan berhadapanlah dengan puluhan aduan secara berkumpulan kepada KPDNKK jika maslah berkaitan meter ini tidak diselesaikan sebaik mungkin